Cegah Hipertensi dengan mencapai berat badan ideal

Hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah apabila tekanan darah di dalam arteri (salur darah) berterusan tinggi. Apabila bacaan tekanan darah melebihi140 mmHg Sistolik atau 90 mmHg Diastolik untuk beberapa kali bacaan berlainan hari boleh didiagnos mempunyai hipertensi.

Image by Steve Buissinne from Pixabay 
Hipertensi adalah masalah kesihatan yang serius yang dapat meningkatkan risiko penyakit jantung, buah pinggang, strok dan lain-lain. Berat badan yang berlebihan dan obes merupakan faktor risiko tekanan darah tinggi. Oleh itu mendapatkan berat badan ideal adalah salah satu langkah utama untuk mencegah hipertensi.

Capai BMI normal

Ketahui kategori indeks jisim badan (BMI) anda dan sekiranya dalam kategori normal berusaha untuk kekalkan sekiranya melebihi normal mulakan langkah untuk mengurangkan berat badan. BMI normal untuk orang dewasa adalah 18.5-24.9 kg/m2. Sekiranya BMI ada dalam kategori normal maka anda mempunyai berat badan ideal. 

Amalkan pemakanan mengikut pinggan sihat 

Pinggan sihat Malaysia merupakan panduan yang sangat praktikal untuk anda contohi. Konsep #sukusukuseparuh boleh dijadikan panduan dalam setiap hidangan sarapan, tengah hari atau malam yang anda ambil. Separuh daripada pinggan hendaklah sumber tumbuhan iaitu buah dan sayur-sayuran. Suku daripada pinggan adalah sumber bijirin seperti nasi, roti, bihun, cereal dan pengambilan bijirin penuh amat digalakkan. Separuh lagi pinggan ialah sumber protein yang sihat seperti ikan, ayam, telur, daging dan kekacang. 

Lakukan aktiviti fizikal

Golongan dewasa perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 150 minit senaman berintensiti sederhana seminggu atau 75 minit berintensiti tinggi atau kombinasi bersamaan. Contoh aktiviti tersebut berjalan laju. mendaki bukit, jogging, kerja-kerja rumah dan berbasikal. Aktiviti fizikal bukan sahaja dapat mengurangkan berat badan malah membantu menurunkan tekanan darah. 

Ambil snek yang sihat

Sekiranya keperluaan kalori anada sudah cukup dengan tiga hidangan utama setiap hari maka snek atau minum petang/pagi tidak perlu di ambil. Tetapi sekirannya perlu amalkan snek yang sihat. Kerana snek makanan tinggi gula atau lemak hanyalah menyumbang kepada pengambilan kalori yang berlebihan. Tukar snek makanan diproses, tinggi kalori, gula kepada makan buah-buahan, sayur-sayuran atau kekacang. 

Image by Public Co from Pixabay 

Memantau pengambilan tenaga

Pengambilan tenaga berlebihan iaitu melebihi keperluan badan dan aktiviti fizikal akan menyebabkan kenaikan berat badan. Sebalikanya sekiranya penggunaan tenaga oleh badan dan aktiviti fizikal melebihi pengambilan tenaga maka akan mengurangkan berat badan. Selain amalkan pemakanan #sukusukuseparuh anda juga perlu elakkan makanan yang tinggi lemak dan kalori. 


Makanan bergoreng antara makanan berlemak dan tinggi kalori yang kebiasaanya diambil. Malah minuman dan makanan manis antara makanan tinggi kalori yang perlu dikurangkan. Dengan mengurangkan pengambilan makanan tinggi kalori anda dapat mengurangkan pengambilan tenaga dan seterusnya dapat menurunkan berat badan.

Dapatkan berat badan ideal untuk mencegah hipertensi. Amalkan pemakanan sihat dan tingkatkan aktiviti fizikal mulai sekarang. Muat turun e-book pemakanan sihat percuma sebagai bahan rujukan. Pautan di bawah.
Artikel berkaitan:

Comments

Popular Posts