5 Makanan untuk Mengurangkan Kolesterol

Kolesterol tinggi antara risiko penyakit jantung dan juga stroke. Kolesterol tinggi menyebabkan pembentukan plak dalam arteri mengurangkan aliran darah yang menjejaskan fungsi sel dan organ melalui saluran darah tersebut.

Tonton di sini: You Tube

Kekacang (Beans)

Beans kaya dengan serat larut. Serat ini berperanan dalam menurunkan kolesterol. Kekacang juga ambil masa yang lama untuk dicerna oleh badan, oleh itu ia dapat membuat kita rasa kenyang lebih lama selepas makan. Contohnya kacang soya, kacang kuda, kacang hitam (Black bean), kidney beans dan lain-lain. 

Kacang (Nuts)

Makan 28 gram kacang sehari boleh mengurang kolesterol hingga 5%. Kajian juga menunjukkan kacang bagus untuk kesihatan jantung. Kacang seperti almond, hazelnut, cashew nut serta pistachio boleh ditambah ke dalam diet anda. Anda disarankan makan satu tapak tangan kecil kacang setiap hari.

Sterol & stanol tumbuhan

Dengan mendapatkan 2 gram sterol & stanol tumbuhan sehari boleh mengurangkan kolesterol LDL(Kolesterol jahat) sehingga 10%. Sterol & stanol tumbuhan menghalang tubuh daripada menyerap kolesterol dari makanan. Terdapat banyak makanan seperti susu, yang ditambah sterol tumbuhan. Selain itu, ia juga terdapat dalam kuantiti yang sedikit di dalam bijirin, sayur, buah, kacang dan bijian.

Oats

Oats antara makanan yang popular dalam menurunkan kolesterol. Oats kaya dengan serat larut, dimana ia dapat mengikat kolesterol didalam sistem percernaan dan membawanya keluar dari badan. Oats juga makanan yang sangat mengenyangkan dan sesuai dimakan sebagai sarapan pagi. 

Ikan Berlemak

Makan ikan 2 atau 3 kali dalam seminggu boleh mengurangkan kolesterol jahat(LDL) melalui dua cara; dengan mengganti daging yang mengandungi lemak tepu (meningkatkan LDL), dan membekalkan  lemak omega 3(menurunkan LDL). Ikan kaya dengan omega 3 contohnya, salmon, sardin, dan ikan tuna.



 Baca Artikel Berkaitan:
Ikuti saya di:

Comments

Popular Posts