Kenapa kita perlu "Eating the Rainbow"?
Kalau jumpa dietitian atau doktor mereka cakap anda perlu makan banyak buah dan sayur dan juga makan pelbagai warna buah atau sayur seperti pelangi. Jadi kenapa kita perlu makan pelangi ni? Buah-buahan dan sayur-sayuran hadir dalam pelbagai jenis warna dan setiap warna tersebut mempunyai manfaat kesihatan yang tersendiri. Konsep makan seperti pelangi ni bukan sahaja untuk galakkan makan pelbagai jenis buah dan sayur tetapi yang paling penting untuk kita mendapat manfaat kesihatan yang berbeza-beza.
Makanan merah dan keradangan
Makanan berwarna merah tinggi dengan nutrien tertentu (phyto) yang boleh menggiatkan aktiviti antioksidan, anti-radang, dan imunisasi seperti asid askorbik, lycopene, astaxanthin, fisetin, dan kelas antosianin yang lebih luas. Keradangan kronik
- Buah: Epal, Delima, Tembikai, Strawberi, Kranberi
- Sayur: Bit merah, Bawang merah,Tomato, Bell pepper merah
Kesan fisiologi:
Mengandungi banyak karotenoid, aktiviti pengawalan endokrin, dan peranan kesuburan melalui sokongan proses seperti ovulasi. Karotenoid adalah antioksidan larut lemak, dan ia sangat penting di bagi fungsi ovari.
- Buah: Aprikot, Mandarin, Betik, Mangga, Oren
- Sayur: Lobak merah, Labu, Kentang manis, Kunyit
Kesan fisiologi:
Kaya dengan serat untuk menyokong mikrobiom kompleks dan membantu mengekalkan kesihatan gastrousus melalui pergerakan gastrik dan / atau rembesan pencernaan
- Buah: Pisang, Lemon, Nenas, Starfruit
- Sayur: Jagung, Halia, Bell pepper kuning
Kesan fisiologi:
- Antioksidan
- Aktiviti enzimatik
- Mengurangkan kesan glisemik
Makanan hijau dan kesihatan kardiovaskular
Tinggi dalam pelbagai nutrien untuk kesihatan kardiovaskular, seperti vitamin K, folat, magnesium, kalium, dan nitrat makanan.
- Buah: Avocado, Buah zaitun, Epal hijau
- Sayur: Timun, bok choy, seleri, brokoli, kobis, okra
Kesan fisiologi:
- Antioksidan
- Sokongan saluran darah
- Peranan dalam peredaran yang sihat dan metilasi
Makanan biru-ungu dan kognisi
Makanan yang kaya dengan polifenol untuk membantu pembelajaran, ingatan, dan mood.
- Buah: Blueberi, prun, kismis, anggur
- Sayur: Terung, kobis ungu, kale ungu, purple potato
Kesan fisiologi:
- Antioksidan
- Sokongan kognitif
- Keseimbangan mood yang sihat
Muat Turun Infografik di Bawah
Baca Artikel Berkaitan:
Ikuti saya di
Baca Artikel Berkaitan:
Ikuti saya di
- Twitter: norshaziera1
- Facebook: Norshaziera Salim
- You Tube: Shaziera Salim
- Instagram: @health_yliving
Comments
Post a Comment