7 Cara untuk Kembali Tidur Selepas Terjaga Waktu Malam

Pernah tak terjaga pada pukul 3-4 pagi dan lepas tu tak boleh tidur balik. Kesukaran untuk tidur dan kembali tidur selepas terjaga ini adalah ciri-ciri sleep disorder iaitu insomnia. Biasanya apa yang akan dibuat? Buka phone tengok facebook atau instagram atau duduk jea atas katil tak buat apa-apa. Cuba lakukan aktiviti ini untuk membantu anda kembali tidur.

Aktiviti untuk dilakukan

1. Baca buku sekejap

Jangan baca kisah seram sudah la lagi susah nak tidur. Cuba bukak buku sejarah ke confirm tidur.

2. Gosok baju atau lipat baju

Lakukan aktiviti yang membosankan bagi anda. Lagi membosankan aktiviti itu lagi baik.

3. Minum segelas teh herba

Pastikan ada stok teh anda dan elakkan teh berkafein. Boleh cuba teh chamomile atau decaf green tea.

4. Berendam di dalam tub mandi

Boleh tambahkan buih atau essential oils contohnya levender oil.

5. Lakukan deep breathing dan relaxing muscle

Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan. Buat beberapa kali. Cuba lakukan pergerakan yoga atau regangan untuk tenangkan otot. Lebih baik dari kira biri-biri kan.

Aktiviti untuk dielakkan

Photo by bruce mars from Pexels

1. Screens

Blue light daripada telefon, tablet, TV akan menyebabkan anda lagi susah nak tidur. Sekiranya anda ada masalah nak tidur jangan buka phone sebelum tidur.

2. Alkohol

Minum alkohol juga perlu dielakkan. Ianya hanya akan membuat anda terus jaga.

3. Caffein

Elakkan caffein beberapa jam sebelum tidur lebih-lebih lagi apabila anda telah meningkat usia.
Caffein hanya membantu anda untuk kekal alert dan aktif.

Tidur yang seringkali terganggu akan menyebabkan keesokkannya badan kita menjadi letih tak bermaya dan stress. Sekiranya anda mengalami insomnia melakukan senaman di siang hari turut membantu anda untuk tidur dan elakkan makan malam terlalu hampir dengan waktu tidur anda.

Ikuti saya di

Twitter: norshaziera1
Facebook: Norshaziera Salim
You Tube: Shaziera Salim
Instagram: @health_yliving

Comments

Popular Posts