5 cara mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit
Penyakit tidak berjangkit - terutamanya penyakit jantung dan paru-paru, kanser dan diabetes - adalah pembunuh terbesar dunia, dengan anggaran 38 juta kematian setiap tahun. Dari kematian ini, 16 juta adalah pramatang (di bawah umur 70 tahun). Sekiranya kita mengurangkan faktor risiko, diet tidak sihat, merokok, tidak aktif dan alkohol, maka kita dapat mencegah penyakit tidak berjangkit dan mengurangkan jumlah kematian. (Sumber: WHO)
1. Makan secara sihat
Pengambilan garam kurang daripada 5 gram (1 sudu kecil) sehari bagi orang dewasa membantu mengurangkan tekanan darah dan risiko penyakit kardiovaskular, strok dan serangan jantung koronari. Untuk mengurangkan pengambilan garam banyakkan makan makanan segar dan kurangkan makanan yang diproses.
2. Lebih aktif
Tidak aktif fizikal (aktiviti fizikal yang tidak mencukupi) adalah salah satu faktor risiko utama untuk penyakit tidak berjangkit (NCD) dan kematian di seluruh dunia. Bagi individu, kegagalan untuk menikmati tahap aktiviti fizikal yang mencukupi meningkatkan risiko kanser, penyakit jantung, strok, dan diabetes oleh 20-30% dan memendekkan jangka hayat sehingga 3-5 tahun. WHO menyarankan bahawa dewasa aktif fizikal 75 minit (vigorous) atau 150 minit (moderate) intensity atau gabungan kedua-duanya.
3. Jangan merokok
Setiap tahun, lebih daripada 8 juta orang mati akibat penggunaan tembakau. Malah tembakau juga boleh membawa maut kepada bukan perokok. Second-hand tobacco smoke menyumbang kepada penyakit jantung, kanser, dan penyakit lain, menyebabkan tambahan 1.2 juta kematian setiap tahun.Jadi sekiranya anda merokok anda turut sama meningkatkan risiko orang disekeliling anda untuk mendapat penyakit tidak berjangkit.
4. Kurangkan alkohol
Penggunaan alkohol menyumbangkan kepada 3 juta kematian setiap tahun di seluruh dunia dan juga untuk kecacatan dan kesihatan yang buruk berjuta-juta orang. Alkohol adalah faktor risiko utama bagi kematian dan ketidakupayaan pramatang di kalangan mereka yang berumur 15 hingga 49 tahun, menyumbang 10 peratus daripada semua kematian dalam kumpulan umur ini.
Hadkan pengambilan alkohol kepada satu hidangan bagi wanita dan dua hidangan bagi lelaki dewasa sehari.
5. Kurangkan pendedahan kepada pencemaran udara
Ambil langkah-langkah yang sepatutnya sekiranya kawasan anda dilanda jerebu misalnya dengan memakai mask dan kurangkan aktiviti di luar rumah. Pendedahan kepada pencemaran udara turut mengakibatkan strok, penyakit jantung, penyakit pulmonari obstruktif kronik, kanser paru-paru dan jangkitan pernafasan akut.
Dengan melakukan perubahan gaya hidup yang lebih sihat dan mengurangkan faktor risiko kita dapat mencegah penyakit tidak berjangkit.
Pautan berkaitan
Ikuti saya:
Instagram: @health_yliving
YouTube: Shaziera Salim
Facebook: Norshaziera Salim
Comments
Post a Comment