Cuba minuman ini untuk segera tidur dan melawan keradangan

Sekiranya anda sering susah untuk tidur pada waktu malam, minum segelas "Turmeric Latte" untuk mendapatkan tidur yang nyenyak. Susu kunyit ini turut dikenali sebagai "Golden Milk" disebabkan warnanya yang kuning keorengan. Susu adalah minuman yang dapat membantu kita untuk tidur tetapi dengan adanya bahan anti-keradangan seperti kunyit dan halia minuman ini turut berupaya melawan keradangan.


Sebelum tidur kita tidak digalakkan minum minuman yang mengandungi kandungan kafein jadi jangan minum coffee atau teh berkafein dekat dengan waktu tidur. Minuman berkafein ini akan membuat anda lebih segar.

Resepi "Turmeric Latte"




Halia mempunyai rasa agak pedas yang semula jadi, sekiranya anda tidak mengemarinya cukup hanya menggunakan kunyit, susu, kayu manis dan lada hitam sebagai bahan utama. Sebelum tidur, kita disarankan untuk tidak mengambil jumlah kalori yang tinggi, selain daripada jarakkan minum 1 jam sebelum tidur pastikan juga susu yang ada pilih itu rendah kandungan tenaga. Selain itu, apabila anda sudah biasa dengan rasanya, tidak perlu menambah madu.

Kebaikan "Turmeric Latte"

Terdapat banyak claim tentang khasiat turmeric latte, namun banyak yang claim yang berlebihan. Oleh itu kita perlu lihat kepada bahan-bahan minuman tersebut dan mengetahui apa kebaikannya. 

Susu

Susu yang anda beli mungkin juga mengandungi gula tambahan dan tinggi lemak. Walaupun susu alternatif seperti susu soya juga ditambah gula, jadi pastikan anda baca label makanan dan pilih rendah gula atau tiada tambahan gula.

Susu kaya dengan nutrient yang penting untuk badan. Susu adalah sumber vitamin, mineral, protein yang baik. Dengan membekalkan kalsium susu juga bermanfaat kepada kesihatan tulang.

Kunyit

Kunyit boleh didapati segar dan dalam serbuk. Curcumin ialah bahan aktif utama di dalam kunyit yang mempunyai sifat anti-radang dan antioksidan yang kuat. Dengan sifat anti-radang dan antioksidan kunyit mampu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan mencegah kanser.
Image by flockine from Pixabay 

Kayu manis

Kayu manis adalah rempah yang "warming" dan "comforting. Kayu manis mungkin berupaya mengawal gula dalam darah, dan mengurangkan risiko penyakit dengan sifat anti-radangnya. Kayu manis boleh mengurangkan risiko untuk penyakit jantung dengan membantu menurunkan kolesterol, trigliserida dan tekanan darah.

Lada hitam

Lada hitam dan kunyit adalah pasangan yang tidak boleh dipisahkan. Bahan anti-radang dalam turmeric dipanggil curcumin, dan ia telah menunjukkan curcumin diserap oleh badan dengan lebih baik apabila dipasangkan dengan lada hitam. Selain itu lada hitam turut mengadungi ciri-ciri anti-radang dan antioksidan.

Image by flockine from Pixabay 

Selamat mencuba dan share resepi ini.  Sekiranya anda mencuba resepi diatas jangan lupa untuk  tag @health_yliving di instagram untuk berkongsi dengan orang lain. 

Ikuti saya di:





Comments

  1. Good morning. Thanks for visiting my blog. Sure I will read the article. Tq for sharing

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts