Cara-cara untuk tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari

Separuh pinggan kita hendaklah dipenuhi dengan sayur dan buah. Tapi mungkin tak semua daripada kita ikut saranan tersebut. Dan ramai di antara kita yang lansung tak suka makan buah atau sayur. Berikut cara-cara untuk tingkatkan pengambilan buah dan sayur dalam diet anda.

Tingkatkan kepelbagaian

Kepelgaian ini membolehkan kita mempunyai banyak pilihan untuk dimakan. Jadi sekiranya sayur yang kita suka makan tidak disediakan kita masih mempunyai pilihan lain. Peranan ibu bapa sangat penting dalam menyediakan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan kepada anak-anak sejak kecil lagi. Jangan takut untuk mencuba jenis buah atau sayur yang tidak biasa di makan. 

Masak di rumah daripada makan di luar

Mereka yang makan dirumah dapat meningkatkan lagi pengambilan buah dan sayur. Kebanyakan kedai makan tidak menyediakan buah dan sayur. Malah dengan mengambil dua jenis sayur berlainan, harga makanan juga akan menjadi lebih mahal.

Pelbagai jenis masakan

Sayur bukan sahaja dapat digoreng, cuba pelbagaikan cara memasak, masukkan sayur ke dalam gulai, singgang atau sup. Malah buah dan sayur boleh dibuat smoothie dan jus. Buah-buahan seperti pisang, kurma boleh dibuat kek sebagai snek. Cuba masukkan buah atau sayur dalam setiap hidangan utama dan juga snek. 

Stok buah dan sayur-sayuran

Pastikan anda menyenaraikan buah dan sayuran terlebih dahulu di dalam shopping list anda. Sekiranya anda shopping untuk satu minggu, pastikan jumlah buah dan sayur cukup untuk seminggu. Ini dapat memastikan untuk tidak kehabisan stok. Sayur seperti carrot dapat dipotong dadu dan disimpan di peti sejuk beku. Malah anda juga boleh terus memotong buah untuk disejuk beku dan gunakan apabila ingin membuat smoothie.

Makan buah atau sayur terlebih dahulu

Sekiranya anda biasa makan nasi dan lauk sahaja, amalkan makan buah dan sayur terlebih dahulu walaupun sedikit. Cuba sedikit terlebih dahulu hingga menjadi tabiat makan sayur dalam hidangan anda. 

Buah dan sayur sebagai snek

Buah dan sayur adalah pilihan snek yang sangat sihat. Lagipun, buah contohnya sangat senang disediakan, malas terus dimakan segar. Dengan pengambilan buah dan sayur sebagai snek juga kita dapat mengurangkan pengambilan tenaga dari makan snek yang manis dan kalori contohnya, kuih muih bergoreng, kek, nugget, ataupun goreng pisang. 



Baca Artikel Berkaitan:
Ikuti saya di:

Comments

Popular Posts