Tips mudah untuk melawan keradangan

Kesedaran bahawa tentang kaitan keradangan dan penyakit kronik telah melahirkan banyak diet plan, suplemen pemakanan dan program gaya hidup, kebanyakannya menggunakan cara untuk memperbaiki kesihatan dengan melawan keradangan. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan keradangan berlaku. Pemakanan yang tidak sihat diantara faktor risiko yang utama yang menyumbang kepada keradangan.

Photo by Daria Shevtsova from Pexels
Diet kita memainkan peranan penting dalam keradangan kronik kerana bakteria pencernaan kita melepaskan bahan kimia yang boleh memacu atau menyekat keradangan. Jenis bakteria yang mengisi usus kita dan produk sampingan kimianya berbeza-beza mengikut makanan yang kita makan. Sesetengah makanan menggalakkan pertumbuhan populasi bakteria yang merangsang keradangan, sementara yang lain mempromosikan pertumbuhan bakteria yang menindasnya. (Health.Havard)

Berikut merupakan makanan anti-radang yang dapat membantu untuk melawan keradangan. Tingkatkan pengambilan makanan dan minuman terbabit untuk mengurangkan keradangan dan risiko penyakit kronik.

Buah-buahan dan sayuran

Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna cerah secara semulajadi mengandungi paras antioksidan dan polifenol yang tinggi - dimana ianya adalah sebatian berpotensi pelindung yang terdapat dalam tumbuhan.

Photo by Wendy Wei from Pexels

Kekacang & bijian

Kajian mendapati bahawa kacang dan bijian yang dimakan dikaitkan dengan berkurangnua tanda-tanda keradangan dan risiko penyakit kardiovaskular dan diabetes yang lebih rendah.

Minuman

Polyphenols dalam kopi dan flavonol dalam koko dianggap memiliki sifat anti-radang. Teh hijau juga kaya dengan polifenol dan antioksidan.

Photo by Kevin Menajang from Pexels
This article is translated from: HEALTHbeat


Ikuti saya di
Share this article with your friends, copy and paste this link: http://bit.ly/36LF5aR

Comments

Popular Posts