Langkah-langkah Pencegahan Polio
Kita telah dikejutkan dengan kes polio yang pertama setelah 27 tahun negara kita bebas POLIO. Kes melibatkan seorang bayi lelaki warganegara Malaysia berumur tiga bulan dari Tuaran, Sabah yang telah mengalami demam diikuti dengan lemah anggota badan dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di hospital. Beliau telah disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) pada 6 Disember 2019.
Baca: Bayi 3 bulan di Sabah dijangkiti virus polio
Virus polio menjangkiti manusia secara tinja- mulut (faecal- oral) dan memasuki tubuh melalui:
Vaksin ini diberi secara percuma untuk warganegara di semua fasiliti kesihatan kerajaan dan caj minima dikenakan bagi bukan warganegara. Pastikan anda mengikut jadual vaksinasi yang telah ditetapkan. Disebabkan tiada rawatan untuk merawat polio oleh itu vaksinasi sangat penting untuk mencegah.
Baca: Bayi 3 bulan di Sabah dijangkiti virus polio
Polio
Polio atau poliomyelitis adalah akibat jangkitan virus polio yang merosakkan sistem saraf pusat. Virus ini menyerang sistem saraf manusia dan boleh menyebabkan kelumpuhan kekal. Sekiranya kegagalan pernafasan berlaku, ia boleh membawa maut kepada manusia.Virus polio lazimnya menjangkiti kanak-kanak bawah 5 tahun yang belum mendapat pelalian. Walau bagaimanapun virus ini boleh menjangkiti orang dewasa.Virus polio menjangkiti manusia secara tinja- mulut (faecal- oral) dan memasuki tubuh melalui:
- Memakan makanan dan/ atau minuman tercemar.
- Tangan tercemar dengan najis dan kemudian menyentuh mulut.
- Apabila objek seperti mainan yang tercemar dimasukkan ke dalam mulut.
Komplikasi dan Simptom
Polio boleh menyebabkan lumpuh yang kekal dan sekiranya kegagalan berlaku boleh membawa kepada kematian.
- Tanda dan gejala ringan yang terdapat dalam 5% pesakit yang dijangkiti adalah demam, malaise (letih dan lesu), sakit kepala, loya dan muntah.
- Otot pernafasan dan/atau otot menelan menjadi lumpuh sehingga boleh mengancam nyawa. Kelumpuhan anggota badan adalah kekal.
Photo by Henley Design Studio from Pexels |
Pencegahan
Cara terbaik untuk melindungi diri daripada penyakit polio adalah dengan mendapatkan vaksin polio. Di Malaysia, vaksin polio diberi sebanyak empat (4) dos secara kombinasi bersama vaksin difteria, pertussis, tetanus dan Haemophilus influenzae type b (Hib) kepada kanak-kanak yang berumur 2, 3, 5 dan 18 bulan.Vaksin ini diberi secara percuma untuk warganegara di semua fasiliti kesihatan kerajaan dan caj minima dikenakan bagi bukan warganegara. Pastikan anda mengikut jadual vaksinasi yang telah ditetapkan. Disebabkan tiada rawatan untuk merawat polio oleh itu vaksinasi sangat penting untuk mencegah.
Pencegahan jangkitan
Selain mendapatkan suntikan vaksin polio pastikan juga anda:
- Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas
- Pastikan sanitasi baik (Jaga kebersihan tandas anda dan gunakan tandas dengan sistem kumbahan yang baik)
- Minum air yang telah dimasak dan bersih
- Makan makanan yang dimasak sepenuhnya
- Kupas kulit buah-buahan
- Pilih premis makanan yang bersih
Mencegah polio daripada merebak amat penting sebelum ianya dijangkiti oleh lebih ramai individu oleh itu sekiranya anak anda masih belum menerima suntikan vaksin polio, ambil tindakan segera untuk mendapatkan suntikan di klinik berhampiran.
Pautan
Sumber: Infografik Bernama, infosihat.gov.my & myhealth.gov.my
Ikuti saya di:
Twitter: norshaziera1
Facebook: Norshaziera Salim
YouTube: Shaziera Salim
Instagram: @health_yliving
Comments
Post a Comment