5 Senaman Mudah untuk Kecilkan Paha

Lemak berlebihan di bahagian paha merupakan masalah ramai wanita. Walaupun berat badan normal dan nampak kurus namun lemak suka berkumpulan di bahagian paha. Lakukan senaman mudah ini 4-5 kali seminggu untuk kecilkan paha.

Senaman ini dapat membantu anda untuk kecilkan paha. 5 senaman mudah untuk kecilkan paha ini hanya mengambil masa 10 minit.

Jadi apa lagi jom kita lakukan.

1. Tendangan Kaki Lurus/ Straight Leg Kick



Dalam kedudukan tapak tangan dan lutut di lantai angkat kaki kanan ke balakang setinggi yang boleh untuk beberapa saat dan turunkan kepada kedudukan asal. Lakukan selama 1 minit. Rehat dan tukar kaki kiri dan lakukan selama 1 minit.

2. Squat

Photo by Oleg Magni from Pexels
Squat adalah senaman yang sangat popular. Anda boleh cuba pelbagai jenis squat. Lakukan squat selama 1 minit. Pastikan postur tubuh anda betul.

3. Plank

Photo by Li Sun from Pexels
Sekiranya and baru melakukan plank, lakukan selamat 30 saat dan rehat. Lakukan plank selama 1 minit. Senaman plank juga sangat berkesan membakar lemak di bahagian perut.

4. Lunges


Pastikan anda memberi tumpuan kepada postur badan. Bawa satu kaki kedepan dan kaki belakang dalam keadaan membengkok. Kembali kepada kedudukan asal lakukan selama 1 minit. Rehat dan tukar kaki.

5. Side Leg Raise


Opps. Jangan tiru seperti gambar di atas. Cukup anda angkat kaki setinggi yang boleh. Lakukan pergerakan angkat dan turunkan kaki selama satu minit. Tukar kaki sebelah lagi dan lakukan selama 1 minit. Anda juga boleh bengkokkan kaki di bawah ke belakang atau badan rapat ke atas lantai.

Ikuti saya:

Twitter: norshaziera1
Instagram: @health_yliving
YouTube: Shaziera Salim
Facebook: Norshaziera Salim

Comments

Popular Posts