6 Tips Diet yang Anda Tidak Perlu Ikut
Terdapat banyak mitos tentang diet terutama tips untuk kurus, memang agak sukar nak bezakan mana satu mitos dan fakta. Tips untuk kurus misalnya, sangat banyak dan mungkin ada tips yang anda dengar tu adalah salah dan tidak perlu ikut.
Tambahan pula, memilih karbohidrat serat tinggi seperti bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu membuat anda berasa kenyang dan menambah nutrien yang diperlukan oleh tubuh anda. Namun pastikan menjaga kuantiti yang diambil dan pastikan tidak melebihi keperluan tenaga. Namun pastikan anda tidak makan terlalu hampir dengan waktu tidur.
Image by mohamed Hassan from Pixabay |
1. Anda perlu timbang berat setiap hari
Tak dapat dinafikan memantau berat anda secara berkala sangat penting. Namun cukup sekadar timbang sekali seminggu sekiranya anda sedang dalam proses menurunkan berat. Bagi seseorang mungkin dia rasa selesa timbang setiap hari, tetapi ada yang akan rasa kecewa apabila melihat tiada penurunan berat yang berlaku.
2. Diet bebas gluten akan menurunkan berat badan
Diet bebas gluten mungkin alternatif yang sihat bagi sesetengah individu tetapi bukannya diet untuk turunkan berat. Makanan bebas gluten yang diproses mungkin juga mengandungi lebih lemak, lemak tepu, garam dan gula. Namun sekiranya anda memilih untuk ikut diet bebas gluten pastikan anda makan alternatif sihat seperti oats, quinoa, dan sweet potato.
3. Jangan makan karbohidrat pada waktu malam
Makan karbohidrat seperti buah atau sayur-sayuran berkanji (seperti kentang) pada waktu malam tidak semestinya menyebabkan anda naik berat badan. Anda mungkin dengar badan tidak dapat memproses karbohidrat pada waktu malam dan mereka disimpan sebagai lemak. Tetapi tubuh sangat cekap untuk mencerna dan menyerap karbo pagi, siang atau malam.Tambahan pula, memilih karbohidrat serat tinggi seperti bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu membuat anda berasa kenyang dan menambah nutrien yang diperlukan oleh tubuh anda. Namun pastikan menjaga kuantiti yang diambil dan pastikan tidak melebihi keperluan tenaga. Namun pastikan anda tidak makan terlalu hampir dengan waktu tidur.
4. Kalori semuanya sama
Ada yang menyatakan bahawa kalori adalah kalori, dan tidak kira apa jenis makanan itu datang. Sebagai contoh, coklat bar banyak 200 kalori adalah sama seperti makan 1 cawan nasi atau yogurt ditambah kekacang dan buah. Jumlah kalori sama tapi kita perlu lihat lebih dari itu, setiap kumpulan dan jenis makan membekalkan nutrisi yang berbeza-beza. Walaupun jumlah kalori yang diberikan sama namun kualiti makanan mungkin berbeza. Fokus kepada keseluruhan kualiti diet penting untuk kesihatan.
5. Minum air dengan banyak boleh kurus
Walaupun 50% hingga 60% dari tubuh manusia terdiri daripada air, minum air dengn banyak tidak akan membuat anda kehilangan berat badan, terutama jika anda masih makan dan minum jumlah yang sama. Sekiranya air menggantikan minuman kalori manis dan tinggi dalam diet anda, maka ia boleh membantu mengurangkan berat badan iaitu dengan mengurangkan jumlah kalori yang diambil.
Tetapi tanpa perubahan dalam diet anda yang lain, minum air dengan terlalu banyak hanya buat anda ulang alik ke tandas. Kita disarankan minum 8 gelas air setiap hari, dan tambah lagi sekiranya anda dahaga mungkin selepas bersenam dan cuaca panas.
6. Makan lewat pada waktu malam menyebabkan berat naik
Adakah anda mengelakkan makan lewat malam kerana anda merasakan ia akan manambah berat? Tetapi sebenarnya bukan masa yang mempengaruhi namun tentang jumlah tenaga diambil lebih atau kurang dari keperluan badan.
Jika anda tertingal waktu makan malam atau tidak makan cukup pada siang hari, makan pada waktu malam tidak akan membawa kepada kenaikan berat badan. Sebaliknya, ia akan memberi peluang kepada tubuh anda untuk mengambil nutrien yang anda perlukan. Namun, jangan pula jadikan ini alasan untuk makan lewat malam sedangkan anda mempunyai masa untuk makan lebih awal.
Baca Artikel Berkaitan:
Ikuti saya di:
- Twitter: norshaziera1
- Facebook: Norshaziera Salim
- You Tube: Shaziera Salim
- Instagram: @health_yliving
Comments
Post a Comment