5 Tabiat Kuruskan Badan tanpa Senaman dan Produk (2020)

Senaman dan diet sangat penting untuk kuruskan badan. Namun, ada juga tabiat kuruskan badan yang boleh dilakukan. Paling penting tabiat kuruskan badan ini tidak memerlukan sebarang produk.

Dengan melakukan perubahan gaya hidup kita dapat kuruskan badan. Malah tabiat ini juga boleh diamalkan sebahagian gaya hidup yang sihat.

Senaman dan diet adalah gabungan terbaik untuk kuruskan badan. Mungkin ada kalanya anda tiada masa untuk bersenam.

Jadi, ini 5 tabiat yang boleh anda amalkan untuk kuruskan badan.

1. Luangkan masa untuk memasak hidangan sihat di rumah

Walaupun kita mempunyai pilihan yang lebih mudah untuk mendapatkan makanan dengan makan di luar atau membuat "food delivery", namun memasak adalah aktiviti yang dapat mendorong kita menyediakan hidangan yang lebih sihat. Dengan mengetahui teknik memasak secara sihat, kita dapat mengurangkan gula, garam atau minyak dalam masakan.

Disamping makanan yang dimasak lebih segar ianya juga tidak mengandungi bahan pengawet, pewarna tiruan dan pemanis tiruan yang kita perlu elakkan. Makanan yang dimasak di rumah mengandungi kalori, lemak, garam dan gula yang rendah berbanding di kedai dan makanan diproses.

2. Makan secara perlahan

Ambil masa untuk makan dan menikmati makanan anda. Duduk dan makan sekurang-kurangnya 20 minit. Ini adalah masa yang diambil oleh gut kita menghantar mesej "I'm full" untuk sampai ke otak. Apabila kita menerima mesej tersebut maka kita akan merasa kenyang dan ini dapat mengelakkan kita makan secara berlebihan.

3. Makan saiz hidangan yang sama, bermula dengan sarapan

Photo by The Lazy Artist Gallery from Pexels
Untuk mengelakkan lapar di antara waktu makan, anda perlu makan sekurang-kurangnya 450kcal setiap hidangan. Bahagikan jumlah tenaga sama rata dalam setiap hidangan anda. Mulakan dengan sarapan pagi, ini dapat membantu anda makan dengan baik pada hidangan seterusnya. Sekiranya sarapan yang diambil sedikit, anda berkemungkinan akan makan dengan banyak di waktu lunch.

4. Dapatkan tidur yang cukup

Kajian mendapati individu yang #tidur kurang dari 6 jam semalam cenderung untuk mempunyai tabiat makanan yang tidak tetap- termasuk makan lebih kerap, sedikit, tinggi kalori, dan tinggi snacks berperasa (Contoh; berlemak, makanan manis seperti chips, cookies dan ais krim.)

Photo by bruce mars from Pexels

5. Timbang berat selalu

Kajian menunjukkan bahawa individu yang selalu menimbang berat mereka kebiasaanya lebih mudah turun #berat dan mengawalnya. Selain itu, ini cara yang terbaik untuk kita melihat perubahan berat dan membuat penilaian sama ada perancangan diet kita berjaya ataupun tidak.

Ini bukan bermaksud anda perlu timbang berat setiap hari. Cukuplah sekali seminggu untuk memantau berat anda.

Timbang berat badan dan memantau adalah antara tabiat kuruskan badan yang sangat penting. 

Photo by Natasha Spencer from Pexels
Dengar podcast: 6 Cara kuruskan badan (Mudah dan berkesan)

Tengok video di You Tube: 5 Langkah untuk mengurangkan berat badan


Di antara 5 tabiat berikut yang mana yang anda ingin cuba lakukan? Atau anda ada tabiat kuruskan badan yang ada untuk dikongsikan?

Jangan lupa tinggalkan komen di bawah.

Baca artikel asal: 5 habits that foster weight loss

Ikuti saya di

Comments

Popular Posts