Top 5 Diet berasaskan tumbuhan terbaik menurut U.S.News
Diet berasaskan tumbuhan (plant-based diet) semakin popular lebih-lebih lagi dikalangan individu yang peka kesihatan. Diet berasaskan tumbuhan baik untuk jantung, berat badan, alam kesihatan dan kesuluruhan kesihatan. Diet Mediterranean adalah diet berasaskan tumbuhan di kedudukan yang pertama dalam senarai 5 terbaik.
Photo by Magda Ehlers from Pexels |
1. Mediterranean Diet
Asas diet Mediterranean adalah sayur-sayuran, buah-buahan, herba, kacang-kacangan, beans dan biji-bijian. Kebanyakan makanan yang diambil adalah makanan berasaskan tumbuhan. Jumlah susu, ayam dan telur, makanan laut yang sederhana juga merupakan teras kepada Diet Mediterranean. Sebaliknya, daging merah dimakan hanya sekali-sekala.
Diet Mediterranean menekankan karbohidrat baik dan juga lemak baik. Selain diet, aktiviti fizikal dan sokongan sosial antara gaya hidup orang mediterranean.
Hummus |
2. Diet Flexitarian (The Flexitarian Diet)
Diet ini adalah gabungan flexibel dan vegetarian. Diet Flexitarian adalah gaya makan yang menggalakkan kebanyakan makanan berasaskan tumbuhan sementara membolehkan daging dan produk haiwan lain diambil secara sederhana. Ia lebih fleksibel daripada diet vegetarian atau vegetarian sepenuhnya. Sekiranya anda ingin meningkatkan makanan berasaskan tumbuhan tanpa meninggalkan daging sepenuhnya makan diet flexitarian ini sesuai untuk diikuti.
- Baca artikel berkaitan: Panduan diet flexitarian
3. Nordic Diet
Diet ini merangkumi 10 konsep:
- Makan lebih banyak buah dan sayur setiap hari
- Makan banyak bijirin penuh
- Masukkan banyak makanan dari laut dan tasik
- Pilih daging yang berkualiti tinggi - tetapi kurangkan makan daging secara keseluruhan.
- Dapatkan lebih banyak makanan dari landskap liar.
- Gunakan hasil organik bila boleh.
- Elakkan bahan tambahan makanan.
- Banyakkan ambil makanan pada hasil bermusim.
- Makan makanan dimasak di rumah lebih banyak
- Menghasilkan kurang sisa makanan
4. Ornish Diet
Diet Ornish dicipta untuk membantu orang ramai berasa lebih baik, hidup lebih lama, menurunkan berat badan dan mendapatkan kesihatan. Diet ini rendah lemak, karbohidrat ringkas dan protein haiwan. Bukan sahaja diet, ianya turut menekankan senaman, pengurusan stres dan hubungan.
5. Vegetarian Diet
Vegetarian diet juga fokus kepada makanan berasaskan tumbuhan. Walaupun ada jenis vegetarian diet yang memasukkan telur dan susu misalnya namun keseluruhan diet tetap merangkumi lebih sumber tumbuhan. Diet vegetarian sekiranya di rancang dengan baik dapat membekalkan semua nutrisi yang diperlukan oleh badan.
Sumber maklumat: https://health.usnews.com/best-diet/best-plant-based-diets
Baca artikel berkaitan
Ikuti saya di
Baca artikel berkaitan
Ikuti saya di
Facebook: Norshaziera Salim
Twitter: norshaziera1
You Tube: Shaziera Salim
Instagram: @health_yliving
Comments
Post a Comment