Pasangkan 7 Azam Tahun Baru ini untuk Kesihatan Anda
Setiap individu akan memasang azam semperna tahun baru. Dan mesti di dalam azam anda itu ialah untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Dengan azam yang lebih jelas dapat membantu kita mencapai sesuatu perkara. Untuk kesihatan, mari kita sama-sama pasangkan 7 azam tahun baru ini.
1. Minum segelas air sejurus bangun tidur
Sekiranya sebelum ini anda tidak minum air selepas bangun tidur. Cuba amalkan tabiat ini pada tahun baru ini. Mungkin pada permulaannya sebelum tidur sediakan segelas air dan diletakkan berhampiran tempat tidur anda. Sebelum kaki turun daripada katil selepas bangun, minum air tersebut.
Minum air selepas bangun tidur sangat penting untuk kekal hidrasi selepas lebih 7 jam kita tidur tanpa minum air.
2. Ambil sarapan pagi
Sekiranya sempat sediakan sarapan sihat di rumah. Cuba bangun awal dan sediakan sarapan anda. Tiada masalah untuk membeli sarapan di luar tetapi anda hendaklah membuat pilihan sarapan yang sihat. Jadikan pinggan sihat sebagai panduan untuk mengambil sarapan pagi yang berkhasiat.
3. Kurangkan minuman manis
Lebihan kalori mungkin disebabkan oleh banyak minum minuman manis. Pasangkan niat untuk kurangkan dari kebiasaannya. Ingat minuman manis hanya memberi tenaga tanpa nutrien yang diperlukan oleh badan. Pengambilan gula secara berlebihan boleh menyebab perut buncit dan masalah kesihatan kronik seperti penyakit jantung, hati dan buah pinggang.
4. Makan 3 hidangan sayur setiap hari
Ambil 1 hidangan sayur di dalam setiap hidangan utama anda. Dengan mengambil sayur hijau dapat membantu untuk kenyang lebih lama dan sayur kaya dengan fiber, mineral, vitamin dan antioksida yang diperlukan oleh jantung dan sistem pencernaan. Disamping itu, anda juga boleh ambil 2 hidangan buah setiap hari. Buah boleh diambil sebagai snek atau sebelum/selepas makan hidangan utama. Pelbagaikan warna buah dan sayur yang diambil untuk memperoleh banyak khasiat.
- Baca artikel berikut: Kenapa kita perlu "Eating the Rainbow"?
5. Flos atau gosok gigi selepas makan tengah hari
Ini adalah trik yang sangat berkesan bagi sesetengah individu untuk kawal makan lagi setelah makan hidangan utama. Selain itu kebersihan mulut juga dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis dan refluk asid.
6. Banyakkan bergerak
Tak semestinya anda perlu ke gym atau bersukan untuk kekal aktif. Banyakkan bergerak dengan melakukan aktiviti yang anda gemari. Seperti berkebun, mendaki bukit, window shopping atau mengemas rumah. Yang penting aktiviti tersebut anda boleh lakukan secara rutin. Cari hobi yang membantu anda untuk kekal aktif dan banyak bergerak
7. Tidur yang cukup
Sekiranya anda bangun pagi dan masih lemah dan mengantuk mungkin anda tidak berehat dengan cukup. Rutin tidur yang terganggu boleh memberi kesan kepada kebolehan dan motivasi untuk membuat pilihan makanan sihat dan bersenam.
Baca artikel berikut: 7 Cara untuk kembali tidur selepas terjaga waktu malam
Selamat tahun baru semua. Semoga kita semua dianugerahkan kesihatan yang terbaik pada tahun ini. Menjaga kesihatan tanggungjawab kita namun sekiranya kita jatuh sakit, mendapatkan rawatan menjadi tanggungjawab kita.
Ikuti saya di
Twitter: norshaziera1
Facebook: Norshaziera Salim
You Tube: Shaziera Salim
Instagram: @health_yliving
Twitter: norshaziera1
Facebook: Norshaziera Salim
You Tube: Shaziera Salim
Instagram: @health_yliving
Comments
Post a Comment