5 Cara Mudah Mengatasi Perut Kembung
Perut kembung kebiasaannya berlaku selepas makan. Perut kembung menyebabkan rasa tidak selesa, sakit perut dan juga perasaan perut kita penuh. Ianya disebabkan oleh pengeluaran angin secara berlebihan di dalam perut. Perut kembung mungkin diakibatkan oleh penyakit namun kebiasaanya disebabkan oleh pemakanan dan intoleransi makanan.
Berikut 5 cara mudah mengatasi perut kembung.
Berikut 5 cara mudah mengatasi perut kembung.
1. Makan secara perlahan dan jangan makan banyak dalam satu masa
Kunyah makanan secara perlahan dapat mengurangkan udara yang ditelan punca perut kembung disamping dapat mengurangkan jumlah makanan dan kuantiti yang dimakan lebih kecil. Sekiranya, pada kebiasaanya anda makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa dan selepas itu mengalami perut kembung, cuba makan kuantiti yang kecil. Jika perlu tambah satu lagi hidangan lain untuk cukupkan keperluan tenaga.
Latih untuk makan satu hidangan selama 30 minit dimana ianya masa untuk perut menghantar isyarat kenyang kepada otak. Makin cepat kita makan, maka makin banyak udara yang ditelan.
2. Atasi sembelit
Sembelit boleh menyebabkan perut kita kembung, disebabkan najis tidak dapat dikeluarkan, maka terhasilnya udara secara berlebihan dia dalam usus. Maka langkah untuk mengatasi sembelit perlu diambil. Antara perkara yang penting untuk atasi sembelit ialah:
- Bersenam secara rutin
- Minum air dengan cukup
- Tingkatkan pengambilan serat secara perlahan-lahan
- Ambil probiotik (Kimchi, sauekraut, tempe atau yogurt)
3. Kenal pasti alergi makanan atau intoleransi makanan
Besar kemungkin perut kembung disebabkan oleh intoleransi makanan. Misalnya intoleransi kepada susu boleh menyebab perut kembung dan sembelit. Berjumpa dengan doktor untuk mengenal pasti sama-ada anda mempunyai intoleransi makanan.
Kembung perut juga mungkin simptom anda mempunyai IBS (Irritable Bowel Sindrom). Pesakit IBS boleh menangani simptom dengan mengikut diet rendah FODMAP. Dapatkan nasihat doktor dan pakar pemakanan untuk mengamalkan diet rendah FODMAP.
Baca artikel: Kenapa kita perlu "Eating the Rainbow"?
Tambah halia di dalam masakan juga dapat membantu.
Ikuti saya di
Kembung perut juga mungkin simptom anda mempunyai IBS (Irritable Bowel Sindrom). Pesakit IBS boleh menangani simptom dengan mengikut diet rendah FODMAP. Dapatkan nasihat doktor dan pakar pemakanan untuk mengamalkan diet rendah FODMAP.
Baca artikel: Kenapa kita perlu "Eating the Rainbow"?
4. Minum air halia suam (Petua)
Halia sangat membantu untuk melegakan masalah angin di dalam badan. Amalkan minum air halia selepas makan. Masukkan beberapa hirisan halia ke dalam secawan air panas dan minum ketika suam. Boleh tambah jus lemon atau madu sebagai penambah rasa.Tambah halia di dalam masakan juga dapat membantu.
5. Lakukan yoga dan bersenam
Bersenam membantu untuk melancarkan sistem pencernaan, ia dapat membantu mengatasi masalah sembelit. Yoga juga mempunyai banyak pergerakan yang membantu mengatasi masalah angin dan kembung perut. Lakukan senaman secara rutin sekurang-kurang 150 minit seminggu.
Ikuti saya di
Facebook: Norshaziera Salim
Twitter: norshaziera1
You Tube: Shaziera Salim
Instagram: @health_yliving
Comments
Post a Comment