7 Rutin Pagi untuk Kesihatan Tubuh
Tidur yang cukup sangat penting untuk memulakan hari yang lebih bertenaga. Namun rutin pagi yang baik juga amat berguna untuk meningkatkan kesihatan tubuh. 7 perkara yang perlu dilakukan setiap pagi ini dipetik daripada Women's Health Magazine.
1. Bangun Awal
Bangun awal pagi akan memberi anda peluang untuk melakukan rutin pagi yang seterusnya. Namun pastikan anda telah cukup tidur pada malam tersebut. Tidur sekurang-kurangnya 7 jam semalam untuk bangun dalam keadaan yang segar dan bertenaga.
2. Jangan Tidur Semula
Oh oh oh, jangan tarik selimut anda dan kembali tidur, dengan kembali tidur anda akan mengambil masa yang agak lama untuk terjaga semula sebab badan anda akan cuba melengkapkan kitaran tidur.
3. Minum Segelas Besar Air Kosong
Setelah tujuh jam tidur badan dan anda tidak minum air pada waktu tersebut, badan akan mengalami sedikit dihidrasi sekiranya anda lambat minum air. Kepada yang bangun pagi dan rasa dahaga, jangan hiraukan signal dahaga tersebut namun segera pergi ke dapur dan minum segelas air. Minum segelas air selepas bangun ini juga amat baik untuk sistem pencernaan.
4. Solat/Meditasi
Bagi yang Muslim, solat bukan sahaja untuk menunaikan kewajipan malah ianya membantu anda untuk lebih tenang dan fokus. Solat juga aktiviti senaman rengangan yang sangat baik untuk kelunturan. Selain itu, anda juga boleh mengambil masa 10 minit untuk melakukan meditasi pada waktu pagi.
5. Sarapan Yang Sihat
Satu lagi kelebihan orang yang bangun awal ialah mereka boleh menikmati sarapan yang lebih sihat. Dengan adanya waktu anda boleh sediakan sarapan pagi yang sihat dan makan sebelum anda keluar bekerja. Nikmati sarapan pagi yang mengenyangkan, kaya serat, protein dan bijirin penuh.
- Baca Artikel: Tips Sarapan Pagi yang Sihat
6. Bersenam
Sekiranya anda ada masa untuk bersenam amat baik, tak perlu lama 15- 30 minit senaman ringan sudah memadai. Contohnya anda boleh ambil masa 15 minit untuk berjalan dari lrt ke pejabat atau dari tempat parking ke pejabat anda. Selain berjalan anda juga boleh lakukan yoga workout selama 15 minit pada waktu pagi.
7. Dedahkan diri kepada cahaya matahari
Tinggal di Malaysia, kita tak ada masalah untuk dedahkan diri kepad cahaya matahari. Dengan berjalan ke pejabat anda sudah terdedah kepada cahaya matahari, selain itu anda juga boleh ambil masa 5 minit duduk di beranda rumah sambil menikmati pemandangan waktu pagi.
Dengan melakukan 7 rutin pagi ini, anda telah bersedia untuk memulakan hari anda yang lebih sihat. Bangun awal dapat membantu anda melakukan rutin-rutin terbabit namun pastikan anda mendapat tidur yang cukup. Tidur awal dan bangun awal.
Ikuti saya di:
Twitter: norshaziera1
Facebook: Norshaziera Salim
You Tube: Shaziera Salim
Instagram: @health_yliving
Comments
Post a Comment