Review Banana Milk Nilofa
Kebelakangan ni #viral pasal claim kesihatan Nilofa Banana Milk. Susu dan pisang adalah makanan yang berkhasiat dan banyak manfaat untuk kesihatan, tetapi kenapa ramai yang kecam Nilofa Banana Milk ni. Jom kita tengok serba sedikit tentang Nilofa Banana Milk ni.
Sememangnya usaha Neelofa ni memang sangat bagus dalam menceburi perniagaan F&B. Bukan Neelofa jea ramai jugak artis Malaysia sekarang yang menceburi dunia perniagaan. Namun, untuk menjual produk pemakanan banyak perkara perlu diteliti lebih-lebih melibatkan claim kesihatan tertentu.
“Ramai yang tanya kenapa saya pilih susu pisang…Saya buat sebab banyak permintaan di sini, tambah-tambah lagi yang ada pengaruh korea termasuklah makanan mereka.
Nilofa Banana Milk
Sebagai seorang Dietitian, banana milk ni saya lihat umpama susu yang dicampur pisang dan diproses. Maka khasiat yang diperoleh ialah daripada pisang dan susu sahaja. Nak pilihan lebih sihat adalah makanan yang tidak diprosess, boleh cuba buat banana milkshake or banana smoothie kat rumah. Mungkin juga terdapat bahan-bahan lain yang telah ditambah di dalam minuman tersebut.
Kandungan
- Air
- Susu Import Australia (Australia Whole Milk)
- Sukrosa
- Kalsium Karbonat
- Vitamin (B2,B3,B12)
- Mengandungi Penstabil, Pewarna, Dan Perasa Sebagai Kondisioner Makanan Yang dibenarkan
Air merupakan bahan pertama di dalam senarai maka air menyumbang jumlah yang tertinggi di dalam minuman bukannya susu. Namun pisang tiada pun di dalam kandungan. Jadi, mungkin pisang hanyalah sebagai perasa yang ditambah. Jadi claim berkhaitan khasiat pisang tak boleh dimasukkan.
Daripada meletakkan nama gula di dalam kandungan, sukrosa digunakan, untuk makluman sukrosa adalah gula. Sukrosa adalah bahan ketiga dalam kandungan minuman terbabit.
Untuk pengetahuan, Whole Milk mengandungi kandungan lemak yang lebih tinggi berbanding daripada Skim Milk dan juga Low Fat Milk. Tetapi kandungan lemak yang di dalam Nilofa Banana Milk agak rendah mungkin jugak kandungan air yang lebih banyak.
Baca lebih lanjut
Maklumat Pemakanan
Untuk Satu hidangan (200 ml)
- Tenaga: 138 kcal
- Protein: 5.8g
- Jumlah Lemak: 4.4g
- Lemak Tepu: 2.8g
- MUFA: 1.4g
- Natrium: 132 mg
- Karbohidrat: 19g
- Jumlah gula: 18.4 g
- Gula Tambahan: 11.2g
- Laktosa: 7.2g
- Glukosa: 0g
- Kalsium: 322 mg
- Vitamin B2: 0.4 mg
- Vitamin B3: 7.2 mg
- Vitamin B12: 0.6 microgram
Gula Tambahan tu adalah sucrose la. Rasanya dah tak perlu letak pun Glukosa pun kat situ. Satu sudu besar mengandungi 15g gula, jadi jumlah gula satu sudu besar lebih terdapat di dalam minuman tersebut. Sekirangnya dibandingkan dengan maklumat pemakanan susu whole milk lain, kandungan lemak agak rendah. Mungkin juga disebabkan oleh kandungan air yang lebih tinggi.
Khasiat Banana Milk Nilofa
Khasiat Banana Milk Nilofa tidak ditulis di packaging minuman tapi didapati daripada IG Banana Milk Nilofa. Ianya ditulis untuk tujuan pemasaran produk. Jom kita tengok apa khasiat yang mereka claim tu.
- Kaya dengan nutrien yang pelbagai seperti vitamin, dietary fiber, mineral, terutamanya potassium yang penting bagi semua sistem dalam badan untuk berfungsi dengan baik. (Namun, fiber dan potassium tidak disenaraikan pun dalam maklumat pemakanan produk)
- Mengandungi fiber yang membantu membuang toksik daripada badan. (Sepatutnya jumlah fiber perlu disenaraikan dan banyak lagi manfaat fiber yang boleh diletak bukannya dengan meletak membuang toksik daripada badan)
- Kaya dengan kalsium dan protein yang membantu untuk menguatkan tulang dan otot. (OKAY)
- Dapat kurangkan obesiti. (Setiap dietary pattern perlu dilakukan kajian sebelum memastikan diet tersebut boleh turunkan berat badan, claim ini boleh menyebabkan sesetengah individu bergantung kepada sesuatu makanan sahaja bukannya dengan mengubah corak pemakanan mereka)
- Membantu dalam merendahkan tekanan darah tinggi, mengawalselia pengeluaran insulin dan pergerakan oksigen. ( Sekiranya potassium disenaraikan, ya potassium boleh membantu menurunkan tekanan darah, pengeluaran insulin tu tak boleh digunakan, walaupun ada fiber misalnya gunakan istilah mengawal gula dalam darah dan pergerakan oksigen mungkin sebab ada Vitamin B12 tetapi lebih baik gunakan Vitamin B12 membantu menghasilkan sel darah merah )
- Meningkatkan kadar metabolisma ( B-12 is essential for the metabolism of proteins and fats. selain tu makananan tinggi protein boleh boost metabolism)
Yea, bukannya dengan claim produk mereka bermanfaat kepada kesihatan tetapi perlu mention vitamin, mineral, nutrient apa yang memberi manfaat.
Baca lebih lanjut
Banana Milk Nilofa dan Susu Pisang Korea
Jangka hayat Nilofa Banana Milk ni boleh disimpan hingga 18 bulan sedangkan tidak mempunyai bahan pengawet. Ianya telah melalui proses UHT dan Double Sterilization.
Kesimpulan
Pemakanan sihat tidak boleh bergantung kepada satu-satu makanan sahaja. Dan makan makanan Real and Whole Foods dan bukannya yang diproses. Jadi untuk minum susu pisang yang lebih sihat buat sendiri di rumah okay. Boleh cuba resepi kat bawah ni.
Jangan Lupa untuk ikuti saya di:
Facebook: Norshaziera Salim
Twitter: norshaziera1
You Tube: Shaziera Salim
Instagram: @health_yliving
Great .. Much Needed Information
ReplyDelete