7 Cara Mudah Mencegah Kencing Manis (Diabetes)
Prevalens Diabetes atau penyakit kencing manis semakin meningkat saban tahun. Penyakit kronik ini bukan sahaja dihidapi golongan berusia malah golongan muda turut mendapatnya.
Oleh itu, langkah mencegah kencing manis perlu diambil oleh semua individu bermula pada usia yang muda lagi.
Oleh itu, langkah mencegah kencing manis perlu diambil oleh semua individu bermula pada usia yang muda lagi.
1. Memantau BMI
Body Mass Index (BMI) normal adalah diantara 18.5-24.9 kg/m2. Setiap individu perlu memantau BMI mereka dan memastikan BMI dalam kategori yang normal. BMI normal dan berat bdan ideal ini dapat membantu mengurangkan risiko mendapat diabetes. Sekiranya BMI anda lebih daripada 25 kg/m2 maka usaha untuk menurunkan berat badan perlu dilakukan. Dan sekiranya BMI anda normal, perlu juga berusaha untuk mengekalkannya.2. Fahami Faktor Risiko
Anda perlu ambil tahu apakah risiko yang menyebabkan diabetes. Dengan memahami faktor risiko maka ia dapat membantu anda mengambil inisiatif melakukan saringan dan langkah-langkah mencegah. Antara faktor risiko diabetes ialah:
- Berat badan berlebihan
- Diet tidak sihat
- Kurang aktiviti fizikal
- Sejarah keluarga
- Tekanan darah tinggi
- Peningkatan usia
3. Dapatkan bantuan mengubah gaya hidup sihat
Mencegah lebih baik, oleh itu sekiranya anda dapati anda tinggi risiko mendapat kencing manis, maka dapatkan bantuan pakar untuk membantu anda menjalani gaya hidup sihat. Sekiranya pemakanan anda tidak sihat, Dietitian atau Nutritionist dapat membantu anda untuk makan secara sihat. Selain itu, anda juga boleh mendapat khidmat Health Coach yang bertauliah.
Tonton video cara mudah mencegah kencing manis
Tonton video cara mudah mencegah kencing manis
4. Makan banyak buah & sayuran
Pinggan Sihat Malaysia dapat membantu anda untuk makan secara sihat. Separuh pinggan anda hendaklah mengandungi buah & sayuran. Kandungan serat, phytochemical yang terkandung di dalamnya dapat membantu anda mengawal kadar gula dalam darah dan mengawal pengambilan kalori secara berlebihan. Mengikuti diet berasaskan tumbuhan (Plant-based Diet) turut dapat membantu anda mencegah kencing manis.
- Baca disini: Health Benefits for Plant-Based Diet
Photo by Sarah Pflug from Burst |
5. Hindari rokok & alkohol
Merokok meningkatkan inflamasi di dalam badan. Malah individu yang merokok mempunyai 30-40% tinggi risiko untuk mendapat diabetes berbanding tidak merokok. Pengambilan alkohol secara berlebihan juga meningkatkan risiko mendapat kencing manis.
6. Amalkan gaya hidup aktif & bersenam
Bersenam turut membantu anda mencegah kencing manis. Sekiranya gula dalam darah meningkat, bersenam dapat menurunkan kadar gula dalam darah dengan meningkatkan sensitiviti badan anda kepada insulin.
7. Lakukan saringan diabetes secara rutin
Photo by Pranidchakan Boonrom from Pexels |
Mulakan pada usia yang muda lebih baik kerana diabetes menyerang walaupun kita masih muda. Selain membuat ujian 'finger prick', dan apabila anda mendapati gula dalam darah tinggi, segeralah ke hospital untuk membuat saringan diabetes yang lebih menyeluruh dan mengetahui samada anda mempunyai kencing manis atau sebaliknya.
Maklumat 7 cara mudah ini didapati daripada infosihat.gov.my. Huraian adalah olahan saya sendiri.
Jadi di antara 7 cara berikut yang mana anda rasa susah untuk dilakukan?
Tinggalkan komen anda di bawah.
- Artikel berkaitan: 5 cara mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit
Maklumat 7 cara mudah ini didapati daripada infosihat.gov.my. Huraian adalah olahan saya sendiri.
Jadi di antara 7 cara berikut yang mana anda rasa susah untuk dilakukan?
Tinggalkan komen anda di bawah.
Follow Me at:
- Facebook: Norshaziera Salim
- Instagram: @health_yliving
- Twitter: @norshaziera1
See you there!!!
Comments
Post a Comment