Review Susu Soya HOMESOY Tanpa Gula Tambahan
Susu soya antara susu alternatif yang popular bagi yang tak minum susu lembu atau vegan. Namun susu soya yang available kat pasaraya tu ada yang mengandungi kandungan gula yang agak tinggi. Jadi, ni Ira nak kongikan susu soya tanpa gula tambahan. Susu soya Homesoy ni memang antara susu soya favorite Ira.
Tanpa Gula Tambahan
Disebabkan tanpa gula tambahan rasanya memang tawar tapi still rasa susu soya. Jangan risau masih boleh diterima oleh tekak yea. Sebab dia tanpa #gula maka sangat sesuai untuk buat smoothie, latte, chocolate/banana cake etc sebab rasanya yang tak kuat.
Apa yang menarik tentang susu soya HOMESOY's Original ni:
- Diperbuat dari kacang soya segar menggunakan resepi home-made.
- Kaya dengan rasa soya asli, dan sememangnya semulajadi.
- Boleh didapati dalam 250 ml, 1 litre, 300ml dan 750 ml (botol). Tapi kebanyakan dijual dalam 1 litre.
- Tanpa pengawet
- Yang penting HALAL dan BUANTAN MALAYSIA
- Harga yang berpatutan (<RM 3 untuk 1 Liter)
Kandungan Nutrisi
Satu hidangan (250ml/1cup) hanya mengandungi 73 kcal sahaja. Jumlah gula hanya 2.3g, kandungan protein sememangnya tinggi(6.3g) dan mostly lemak ialah dari lemak tak tepu. Kandungan sodium 45mg juga turut rendah. Kalau kita tengok ramuannya pun memang tiada gula tambahan.
- Cara penyimpanan: Dinginkan setelah dibuka
- Kocok dahulu sebelum diminum dan setelah dibuka habiskan dalam tempoh 3 hari
Lain-lain perisa
Selain perisa Original, Homesoy turut mempunyai beberapa perisa lain. Ira pernah rasa Brown sugar dan Honey Melon. Memang sedap.
- Brown Sugar
- Ginger &
- Honey Melon
Baca lebih lanjut tentang perisa Homesoy di website Lam Soon
Comments
Post a Comment