3 Air Teh untuk Melawan Keradangan

Air Teh antara minuman kegemaran semua orang. Teh sememangnya bagus untuk kesihatan, namun teh yang dibuat dengan tambahan gula yang banyak, susu berlemak, susu pekat manis, krim, dan sebagainya menjadikan teh minuman tinggi calorie dan tinggi Glycemix Index. Teh hijau yang biasanya kita minum kaya dengan polyphenol sejenis antioxidant, tetapi tahukah bahawa, kunyit dan halia merupakan makanan anti-keradangan yang sangat bagus bukan sahaja boleh dibuat masak tapi boleh dibuat teh. 


Teh Kunyit (Turmeric Tea)

Kunyit mengandungi 'curcumin' yang mempunyai sifat anti-radang. Penyerapan curcumin lebih baik sekiranya diambil bersama lada hitam. Antara bahan untuk membuat teh kunyit ialah:
  1. 1 Cawan air panas
  2. 1/4 tsp serbuk kunyit (boleh guna yang fresh dan ditumbuk)
  3. Madu untuk rasa (pilihan)
  4. Lemon (Pilihan)
  5. Secubit lada hitam
Panaskan air, tambah kunyit dan lada hitam. Panaskan hingga air mendidih. Tapis sekiranya perlu.  Hidang bersama lemon dan madu. Pastikan madu yang diguna adalah madu asli untuk pilihan yang lebih sihat.

Teh Halia (Ginger Lemon Tea)


Biasanya Iera akan minum air halia selepas makan malam. Selain bagus mengatasi bloating halia juga berpotensi sebagai anti-radang. Untuk buat teh halia hanya perlukan:
  1. 1 cup air panas
  2. 1 inch halia segar (Potong)
  3. 2-3 hirisan lemon
  4. 1 Tbsp madu (pilihan)
  5. Serbuk kulit kayu manis (pilihan)
Kalau nak minum dengan cepat, apa yang Iera buat tambahkan hirisan halia kedalam 1 cawan air panas, tambah halia. Bila agak suam tambah hirisan lemon(Perah jus lemon tu). Minum masa suam-suam memang best. Biasanya tak letak madu pun best je rasa dia.Kalau nak masak, panaskan air, tambah halia, lemon dan cinnamon. Tapis dan hidangkan.

Teh Hijau (Green Tea)


Green tea kaya dengan anti-oxidant dan sifat anti-radang yang turut banyak manfaat kepada kesihatan. Green Tea adalah minuman kegemaran Iera. memang setiap hari akan minum dalam 2 cawan sehari. Buat masa sekarang Iera minum Jasmine green tea dari ahmad tea. Rasanya sangat best. Boleh baca review Iera di link kat bawah:
Biasanya Iera akan minum dalam jam 10 pagi, masa mata mula nak mengantuk tu dan segelas lagi pukul 4 petang camtu. Nak lagi best tambah beberapa helai daun mint, fuuh memang soothing and calming. 

Comments

Popular Posts