7 Cara untuk Kawal Rasa Lapar

Bagi sesetengah orang mereka selalu rasa lapar atau cepat rasa lapar. Lebih-labih lagi apabila seseorang tu sedang menurunkan berat dimana mereka perlu makan kurang dari sebelumnya, mereka akan rasa lapar. Terdapat beberapa cara yang dapat membantu untuk kawal rasa lapar.


Minum air dengan cukup

Cuba apabila rasa lapar minum air segelas sebelum makan sesuatu. Air dapat memberi rasa perut yang penuh dan kenyang. Kadang2 kita sebenarnya dahaga tetapi otak menghantar mesej yang kita lapar.

Makan protein dengan cukup

Protein sangat mengenyangkan. Dan sekirangan anda sedang dalam tempoh menurunkan berat, protein membantu mengekalkan isipadu otot kita. Jadi, apabila lapar, cuba makan sesuatu yang mengandungi protein. Greek yogurt, telur, beans, dan ayam antara sumber protein yang baik.


Makan lebih buah dan sayur

Buah dan sayur rendah kalori tetapi tinggi serat yang membantu kita untuk kekal kenyang dan kawal lapar. Pastikan setiap hidangan anda buah dan sayur. 

Tidur dengan cukup

Tidur sangat penting kerana ia membantu mengawal hormon lapar. Sekiranya kita selalu tidur tak cukup, makan badan akan merembes hormon lapar. Jadi pastikan tidur antara 6-8 jam setiap malam.

Photo by Ivan Oboleninov from Pexels

Kurangkan minuman manis

Minuman manis, soda hanya akan meningkatkan jumlah kalori. Sekiranya kita kurangkan minuman manis kita akan mendapat lebih kalori dari makanan sebenar dengan nutrient di dalamnya yang membantu kita untuk kenyang.

Sibukkan diri dengan sebarang aktiviti

Tips ini sangat membantu dan berkesan untuk mengalih perhatian daripada keinginan untuk makan. Ramai orang kebiasaannya makan apabila mereka bosan. Jadi alihkan perhatian dengan fokus kepada sesuatu tugasan.



Tetap kan jadual makan

Sekiranya anda sukakan perkara rutin, tip ini sangat membantu. Ini turut membantu anda untuk mengambil jumlah kalori yang diperlukan dan mencapai target. Apabila anda praktikkan makan pada waktu yang sama, maka ini juga membantu untuk mengawal rasa lapar.

Watch YouTube Video di: https://www.youtube.com/watch?v=yfLB2-W2woY&t=288s
Jangan lupa untuk Subcribe To Shaziera Salim  YouTube Channel

Comments

Popular Posts