Review KITSUI Belloss Fiber
Produk Kitsui ni sudah ada agak lama di pasaran. Dan boleh didapati di Watson, Guardian dan website Kitsui. Kita tahu fiber/serat sangat penting untuk kesihatan lebih2 lagi dalam memastikan sistem pencernaan kita berjalan lancar. Secara jujurnya Iera tak pernah lagi cuba produk ni. Jadi review hanya tentang maklumat yang ada la. Apa yang produk ni claim adalah:
(Boleh membantu mengurangkan masalah sembelit, membantu mengempiskan perut yang buncit dan membantu anda mengurangkan berat badan. Membuang toksin dalam badan anda melalui pencernaan. Badan akan rasa lebih ringgan dan bertenaga. Melancarkan sistem pencernaan secara semulajadi. Kesan seawal 3 hari bagi mereka yang bermasalah sembelit )
Kebaikan KITSUI Belloss Fiber
Iera rasa agak pelik macam mana produk ni dapat meningkatkan corak tidur. Takpe nanti kita tengok bahan yang terkandung dalam produk ni. Dalam kebaikan produk dia cakap dapat menghentikan sembelit dan dalam deskripsi produk dia cakap mengurangkan masalah sembelit. Mengurangkan dan menghentikan rasanya dua perkara yang berbeza. Dan Iera agak tak suka kalau produk ada tulis membersihkan usus. Mereka patut menggunakan ayat yang lebih sesuai contohnya untuk kebaikan usus. (Pandangan saja) Dan ayat pencernaan toksin tu, dalam list dia cakap keluarkan toksin, still dua perkara yang berbeza.
Bahan-Bahan
Dalam website hanya tersenarai bahan-bahan berikut sahaja:
Kalau ada produk suplemen yang korang nak Iera review. Sila komen atau emailkan ke shaziera9384@gmail.com. Terima Kasih.
(Boleh membantu mengurangkan masalah sembelit, membantu mengempiskan perut yang buncit dan membantu anda mengurangkan berat badan. Membuang toksin dalam badan anda melalui pencernaan. Badan akan rasa lebih ringgan dan bertenaga. Melancarkan sistem pencernaan secara semulajadi. Kesan seawal 3 hari bagi mereka yang bermasalah sembelit )
Credit: Kitsui.com.my |
- Meningkatkan metabolisme badan
- Menghentikan sembelit
- Meningkatkan peredaran darah
- Keluarkan toksin dalam badan melalui proses pencernaan
- Tubuh akan berasa ringan dan lebih bertenaga
- Membersihkan usus
- Meningkatkan corak tidur
- Melancarkan sistem pencernaan
Sangat sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan masalah sembelit, membantu mengempiskan perut yang buncit dan membantu anda mengurangkan berat badan. Dirumuskan daripada ramuan semula jadi nenas, apple, kiwi, lemon, timun dan bayam dengan saiz pembungkusan sebanyak 15 sachet x 15 grams . Kesan seawal 3 hari untuk mereka yang bermasalah sembelit . Kesan pencernaan toksin dan juga pembakaran lemak akan lebih cepat jika digabungkan dengan pengawalan makanan dan juga minuman air yang mencukupi (2 litre sehari)
Sumber: Kitsui.com.my
Bahan-Bahan
Dalam website hanya tersenarai bahan-bahan berikut sahaja:
- Pineapple
- Apple
- Kiwi
- Passion Fruit
- Lemon
- Pear
- Spinach
- Cucumber
- Celery
Jadi maklumat bahan tu memang tak cukup la. Berdasarkan sayur dan buah-buahan tu sememangnya kaya dengan serat. Kena tengok dekat kotak produk dia jugak untuk senaraikan bahan2.
- Fructose:Ini adalah gula yang didapati dalam buah. Kebiasaannya ditambah dalam minuman, makanan sebagai pemanis tambahan. Fructose dari sumber semulajadi (buah) baik untuk kesihatan namun fructose yang diproses mungkin ada kesan negatif untuk kesihatan.
- Apple powder, citric acid, mix fruit and vege, Orange powder: Serbuk buah-buahan yang terkandung, citic acid tu dari citus fruit macam lemon.
- Maltodextrin: Ini adalah additive yang biasa ada dalam makanan diproses, dan ianya adalah selamat. Namun ianya tinggi GI dimana dapat meningkat gula dalam darah dengan cepat. Maltodextrin mengandungi 4 kcal per gram. Jadi memang tak boleh diambil secara berlebihan.
- Senna Powder: Kalau ada yang tak tahu senna ialah sejenis herba yang berfungsi sebagai laksatif. Dan memang senna ni digunakan untuk treat sembelit. Dan banyak dimasukkan dalam weight loss suplemen. For general constipation, the usual dose is 17.2 mg daily. Don't take more than 34.4 mg twice daily. Sebab kita tak tahu kandungan senna dalamnya, jadi make sure jangan ambil lebih dari saranan. Senna is POSSIBLY UNSAFE when taken by mouth long-term or in high doses. Don't use senna for more than two weeks. Longer use can cause the bowels to stop functioning normally and might cause dependence on laxatives. Sumber: webmd
- Guar Gum: Juga common additive yang terdapat dalam proses food.
Jadi bukan fiber sahaja yang mengurangkan sembelit, senna yang terkandung ialah laksatif yang membuatkan anda membuang. Dan senna tak boleh diambil secara rutin harian. Apabila sembelit anda dah okay, boleh berhenti dan tumpukan kepada diet yang tinggi serat untuk mengelakkan sembelit. Evidence senna untuk menyokong claim untuk turunkan badan tidak mencukupi.
Maklumat Pemakanan
Jumlah kalori dan unit untuk kalori yang dipamerkan di kotak salah. Kandungan untuk satu hidangan (15g)
- Calories: 41 kcal
- Fat: 1 g
- Carbs: 5g
- Protein: 3g
- Fiber: 4 g
Jumlah fiber tu tak lah terlalu tinggi sebenarnya. Kandungan fiber dalam 1 biji apple medium pun dah 4.4g. Jadi sama jea macam makan apple sebiji. Pada pandangan saya ingredient yang betul2 untuk merawat sembelit dalam produk ni ialah senna. Dan fiber juga turut membantu la. Ada juga doktor yang sarankan pengambilan senna untuk merawat sembelit. Tapi pastikan jangan ambil senna untuk jangka masa yang panjang. Recommended usage pun hanya 1 sachet sehari sahaja. Pastikan anda jangan ambil lebih dari tu.
Jadi kalau berdasarkan bahan-bahan yang terkandung, memang produk ni dapat merawat sembelit.Dan wajarlah, kalau anda membuang setiap hari, perut pun akan rasa kempis jea. Fiber terutama soluble fiber sangat membantu dalam mengurangkan lemak di bahagian perut.
Eating whole foods is the best way to increase your soluble fiber intake. Jadi jangan bergantung pada suplemen sahaja. Fiber dari real food adalah lebih baik. Fiber turut membantu dalam menurunkan berat. Soluble fiber helps keep your gut bacteria healthy and promotes overall fat loss by reducing your appetite. Serat membantu kita kenyang lebih lama jadi tak la rasa nak makan jea. Cuba tingkatkan pengambilan serat perlahan-lahan dalam diet anda dari buah dan sayuran. Jangan hanya bergantung pada suplemen.
Dapatkan nasihat pakar terlebih dahulu samaada korang perlu atau tidak ambil apa-apa suplemen.
As Salam,kalau yg darah tinggi boleh ke minum ni.terima kasih.
ReplyDeletegood info!
ReplyDeleteTq. Pandangan yang ikhlas dan penuh maklumat.
ReplyDelete