Review Yobick Lite+ Collagen Yogurt Flavoured

Yobick Lite+ Yogurt  Flavoured Drink ni agak baru di Malaysia. Pertama kali Iera nampak ialah Emma Maembong minum. Haha. So hari tu pergi mynews tak silap, nampak air ni dan rasa nak cuba. Gambar yang Iera share ni botol yang sudah habis diminum. 


Rasa dan warna

Warna air putih berkrim. Jujurnya rasanya agak manis. Mungkin bagi anda sedap tapi Iera agak tak suka dengan rasa manis yang lama ada kat tekak. Tak tahu nak explain macam mana, tapi manis tu stay agak lama. But, overall yogurt flavoured taste good.

Tentang yobick Lite+


  • Brand dari Jepun
  • Semenjak 1994
  • Inspirasi dari Japanese
  • Rendah lemak
  • Madu
  • Collagen
Sebenarnya sebab Iera tengok ada Collagen sebab tu rasa nak cuba minuman ni. Sumber Collagen itu datang dari ikan.

Maklumat Pemakanan


Satu hidangan (1 bottle: 310ml)

  • Energy: 93 kcal 
  • Protein: 2.2 g
  • Total fat: 0.6g
  • Carbohydrate: 19.5g
  • Total sugar: 17.1g
  • Collagen: 660mg
  • Sodium: 34mg 

Jumlah kalori tidaklah terlampau tinggi namun kalori banyak dari karbohidrat ringkas. Kandungan gula 17.1g lebih kurang satu sudu besar(lebih) gula. Kalau kita tengok bahan2 pun gula adalah selepas air. Kandungan protein dan lemak adalah rendah. Jumlah sodium juga tak tinggi.

Bahan-bahan


  • Air
  • Gula 
  • Skim Milk Powder (Rendah lemak)
  • Maltodextrin (Additives)
  • Non-dairy creamer
  • Acid Regulator
  • Collagen (Ikan)
  • Flavouring
  • Pasteurized Yogurt Powder 
  • Honey
  • Inulin (Merupakan natural food fiber (fructan))
  • Acesulfame k (Pemanis tiruan)
  • Sucralose (Pemanis tiruan)
Berdasarkan bahan-bahan kita tengok beberapa jenis pemanis digunakan. Gula, honey dan pemanis tiruan. Rasanya rasa manis yang agak lama kat tekak ira tu mungkin dari pemanis tiruan. Ira memang tak sukakan rasa pemanis tiruan. Bacteria culture adalah dari yogurt powder, maksudnya dia bukan terus masukkan active culture dalam tu tapi menggunakan serbuk. 

Lain-lain

Minuman ini adalah HALAL

Terdapat juga Original dan Sakura Flavour. 

  1. Yobick Flavoured Yogurt Drink
  2. Yobick Sakura Flavoured Yogurt Drink
  3. Yobick Lite + Flavoured Yogurt Drink
Produk ini diedar oleh Dydo Mamee Distribution Sdn Bhd

Jadi sebelum nak beli tu, tengok dulu maklumat pemakanan dan juga bahan-bahan produk tersebut. Semoga bermanfaat. 

Comments

Popular Posts