Review MATCHA yuzu lime

Sekiranya anda inginkan kebaikan MATCHA, minuman teh matcha hijau yuzu limau ini adalah pilihan yang sihat. Lebih sihat bancuh teh hijau di rumah tapi mungkin anda kesuntukan masa dan inginkan minuman ais yang menyegar, maka boleh cuba MATCHA yuzu lime, kurang gula dan perisa yuzu limau.

MATCHA yuzu lime

Logo Pilihan lebih Sihat (HCL)

Healthier Choice Logo (HCL) bertujuan membantu pengguna membuat pilihan yang lebih sihat. Oleh itu minuman MATCHA yuzu lime ni mendapat logo;
  • Pilihan Lebih Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan
  • Healthier Choice oleh Health Promotion Board (HPB) Singapore

Maklumat Pemakanan



Maaf gambar blur. 

Bilangan hidangan ialah 2.2 dalam isapadu 450ml. Saiza hidangan ialah 200ml (1 gelas) Untuk setiap hidangan:

  • Tenaga; 30 kcal
  • Protein: 0
  • Lemak:0
  • Karbohidrat: 7.4g
  • Jumlah gula: 7.0g
  • Natrium: 24mg
Jadi kalau anda minum sebotol pula. Tenaga yang diambil ialah 67.5kcal. Kandungan gulanya memang agak rendah berbanding Lipton Teh Hijau yang lain. Gula dalam satu botol ialah 15 g lebih kurang 1 sudu besar. Jadi untuk tidak mengambil gula yang banyak dalam satu masa anda boleh minum satu gelas terlebih dahulu dan segelas lagi kongsikan dengan kawan atau simpan untuk diminum pada waktu lain. 

Ramuan 


Ramuan
Air, gula, ekstrak teh hijau, asid askorbik, serbuk teh matcha, ekstrak stevia, mengandungi pengawal asid sebagai kondisioner makanan dan bahan perisa yang dibenarkan.

Aditif makanan adalah daripada sumber tumbuhan atau sintetik. Diperbuat dari daun teh sebenar.

The NOVA Food Classification System: Processed Food

Rasa dan harga

Delicious, walaupun takdelah rasa matcha sgt pun. Masam sikit tu ada la. Sebetol beli di 7 eleven hanya RM 2.20. Tapi itu masa diskaun. Selamat mencuba!!!

#matchayuzulime 

Comments

Popular Posts