3 Diet Sihat Sebagai Panduan

Terdapat pelbagai jenis diet yang telah dicipta oleh individu dan badan2 tertentu untuk kesihatan dan yang paling banyak ialah untuk menurunkan berat badan. Namun, banyak daripada diet yang kurang kajian dilakukan dan mungkin dapat memudaratkan kesihatan. Jadi anda seharusnya berhati-hati dalam memilih diet untuk diikuti. Di sini saya menyenaraikan tiga diet sihat sebagai panduan. Setiap diet tersebut mungkin juga mempunyai kekurangan dan perancangan rapi sangat penting untuk menjadikan diet tersebut sihat dan seimbang.

Plant Based Diets


Plant based diet ialah diet yang fokus kepada tumbuhan, bermakna bahawa makanan tumbuhan, seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, kacang, dan kekacang, adalah tumpuan utama diet mereka, tetapi kadang-kadang mereka boleh memakan daging, ikan, atau produk tenusu.

Selain iru diet berasaskan tumbuhan juga memberi tumpuan kepada makanan yang sihat, bukannya makanan yang diproses. 

Faedah kesihatan

  • Panjang umur
  • Berat kurang
  • Mengurangkan oxidative stree dan keradangan
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis dan kanser
  • Usus/ imun sistem yang sihat
  • Perlindungan Otak
Baca di sini: Health Benefits of Plant Based Diet 

Mediterranean Diets

Walaupun kita bukan di negara mediterranean tetapi kita boleh mengikut cara dan tabiat pemakanan mereka. Mediterranean diet sangat bagus untuk kesihatan terutama untuk mencegah penyakit vascular. 

Diet tersebut termasuk banyak minyak zaitun, buah-buahan, sayur-sayuran, kacang, dan ikan; kurang bahagian daging merah atau daging yang diproses; dan jumlah sederhana keju dan wain.


5 Tips Mediterranean diet

  1. Saute' makanan dalam minyak zaitun, bukan mentega.
  2. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dengan menjadikannya sebagai makanan ringan, atau menambahnya kepada resipi lain.
  3. Pilih bijian penuh dan bukannya refined bread atau pasta. 
  4. Ganti ikan untuk daging merah sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
  5. Hadkan lemak susu tinggi dengan menukar skim atau susu 1% dari 2% atau susu penuh.

Vegetarian Diets

Photo by Vegan Liftz from Pexels
"Vegetarian-style eating patterns have been associated with improved health outcomes, including lower levels of obesity, a reduced risk of cardiovascular disease, lower blood pressure, and lower total mortality."
          Dietary Guideline 2010

Garis panduan untuk diet vegetarian yang sihat

  • Pelbagai jenis makanan tumbuhan yang banyak
  • Menekankan makanan unrefined
  • Pengambilan lemak dalam kuantiti sihat
  • Cukup air dan minuman lain
  • Aktiviti fizikal yang kerap
  • Pendedahan matahari sederhana 

Makan lebih sumber tumbuhan berbanding haiwan

Kalau kita tengok ketiga-tiga diets tersebut menekankan pengambilan sumber tumbuhan. Oleh itu, walaupun kita tak dapat mengikut diet berikut sepenuhnya cukup kita mula meningkatkan pengambilan, sayur-sayuran, buah, kekacang, bijian penuh dalam diet seharian kita. 

Tambahkan sayur dan buah secara perlahan-lahan dalam #diet sekiranya diet anda sebelum ini kurang sayur untuk mengelakkan kembung perut dan indigestion. Malah semakin bertambah pengambilan serat anda juga perlu meningkatkan pengambilan air, kerana serat mempunyai sifat menyerap air. 

Comments

Popular Posts