Tabiat pemakanan dan cara hidup yang percepatkan penuaan
Bila kita dah mula ada garisan halus di muka terutama bawah mata, dan dahi, itu antara proses penuaan (aging). Perkara tersebut adalah normal sebenarnya. Namun, ada tabiat harian kita yang mempercepatkan lagi proses penuaan terutama pemakanan dan cara hidup kita.
Photo by Vojtech Okenka from Pexels |
Banyak ambil makanan & minuman manis
Makanan manis bukan sahaja menyumbang pengambilan kalori yang tinggi yang akan menambah berat badan tetapi turut percepatkan penuaan. Gula yang diambil akan menyebabkan proses glycation dimana muka akan kurang anjal, lingkaran gelap bawah mata, tona kulit tidak sekata, dan pori akan besar. Kurangkan pengambilan kuih-muih manis, kek, minuman tinggi mahupun jus dengan gula tambahan untuk mengekalkan awet muda. Memang agak susah untuk kita langsung tidak mengambilnya, jadi salah satu cara bijak ialah masak sendiri dessert kegemaran anda dan ubah kepada yang lebih sihat.Tidur kurang dari 5 jam setiap malam
Kita akan perasan kalau tidur tak cukup, maka eye bag gelap bawah mata akan muncul. Muka pun akan nampa macam zombi kan. Haha. Jadi pastikan anda tidur sekurang-kurang 7 jam setiap hari.Photo by Acharaporn Kamornboonyarush from Pexels |
Terlalu banyak duduk
Hidup secara sedentari akan meningkatkan risiko penyakit kronik lebih awal. Hal ini, menyebabkan kita mendapat penyakit di usia yang masih muda. Bersenam secara kerap akan mengelakkan kita mendapat penyakit kronik dan hidup sihat lebih panjang. Dapatkan sekurang-kurangnya 150 minit senaman setiap minggu.
Tidak mengambil lemak dari diet harian
Ya, betul kita perlu mengurangkan pengambilan lemak tetapi jangan terus membuangnya dari diet kita. Malah lemak baik membantu mengekalkan awet muda dengan mengelakkan kedutan di muka. Omega 3 fatty acid yang kita boleh dapat melalui ikan seperti salmon, sardin, kekacang membuatkan kulit lebih lembut dan anjal. Kita disarankan untuk makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Avocado juga kaya dengan lemak baik, jadi boleh cuba tambah dalam diet anda.
Banyak lagi tabiat yang dapat percepatkan penuaan. Untuk bacaan lebih lanjut anda boleh baca di link kat bawah. Iera pun dah mula ambil tahu pemakanan untuk aging, maklumlah usia dah bertambah kan. Haha. Jangan lupa skincare yang baik juga amat penting.
Comments
Post a Comment