Review Kurma Madu Yuta
Biasanya kurma kita akan makan pada bulan puasa masa nak berbuka puasa. Maklumlah ikut sunnah nabi kita. Kurma sememangnya bagus untuk kesihatan kita, selain membekalkan tenaga dengan cepat kurma juga baik untuk percernaan, melawan penyakit, kekuatan tulang dan kawal gula dalam badan. Kalau musim puasa agak senang nak beli kurma ni, tapi bulan2 lain kedai2 biasanya tak jual. Tapi jangan risau, beli online jea, dekat Shopee dan Lazada. Harga bawah RM10 untuk 500g. Berbaloi sgt.
Ira rasa mesti ramai yang kenal kurma madu yuta ni. Iklan tv masa bulan puasa tu. Yusuf Taiyoob. Haha. Rasanya sangat manis. Ada yang tak suka sebab ianya sangat manis. Packagingnya agak menarik jugak kan. Selain makan masa sarapan pagi, Ira biasanya makan sebagai snack atau masukkan dalam smoothie dan kek pisang kegemaran. Ternyata kurma ni memberi rasa manis yang sangat best.
Maklumat Pemakanan
Ira rasa mesti ramai yang kenal kurma madu yuta ni. Iklan tv masa bulan puasa tu. Yusuf Taiyoob. Haha. Rasanya sangat manis. Ada yang tak suka sebab ianya sangat manis. Packagingnya agak menarik jugak kan. Selain makan masa sarapan pagi, Ira biasanya makan sebagai snack atau masukkan dalam smoothie dan kek pisang kegemaran. Ternyata kurma ni memberi rasa manis yang sangat best.
Maklumat Pemakanan
Maklumat Pemakanan |
Maklumat pemakanan yang dipamerkan ialah untuk 100g yea. Memang jumlah tenaga tinggi datangnya dari karbohidrat. Kandungan gulanya sangat tinggi, maka tak hairanlah kurma ni manis sangat. So jangan pulak makan banyak sangat kurma ni. Satu hidangan kurma bersamaan 5-6 biji kurma atau 1/4-1/2 cawan sahaja. Boleh makan kurma ni secara berkala. Berdasarkan maklumat diatas kita dapat tengok, kurma membekalkan serat, kalsium, zat besi dan fosforus yang penting untuk badan kita. Ira perasan kandungan serat sebanyak 26g itu agak tinggi berbanding maklumat pemakanan kurma yang lain. Ada yang menunjukkan untuk 100g kurma mengandungi 7-8 gram serat sahaja.
Khasiat kurma
Kalau anda masalah sembelit, cuba amalkan makan kurma. Insyaallah membantu. Dan sekiranya, ingin meningkatkan berat badan, boleh juga ambil kurma ni sebab kandungan tenaganya yang agak tinggi. Kalau nak kurus pulak, ambil dengan kuantiti yang sedikit sahaja. Kurma ialah manis semula jadi, jadi anda boleh makan sebagai snack atau dimasukkan dalam smoothie, kek, minuman dan sebagainya.
Sejujurnya, kurma madu yuta ni sangat manis, tapi sedap. Ira biasanya boleh makan setakat 3 biji maksimum sekali makan. Tapi Yusuf Taiyoob ada banyak lagi jenis kurma yang lain. Boleh tengok dekat website YUTA. Link kat bawah.
- Website: yuta.com
Jadi apa kurma kegemaran anda????? Cuba komen sikit kat bawah ni.
Jangan lupa follow @health_yliving di Instagram dan tag @health_yliving kalau anda ada resepi menggunakan kurma.
Comments
Post a Comment