Cara untuk meningkatkan sistem imun

Sistem imun badan kita telah melakukan kerja yang sangat luar biasa dalam mempertahankan diri daripada mikroorganisma penyebab penyakit. Namun kadangkala ianya gagal; kuman menyerang dan menyebabkan kita sakit. Gaya hidup yang sihat dapat meningkatkan sistem imun badan kita untuk menghalang penyakit.
Cara untuk meningkatkan sistem imun

Antara strategi gaya hidup sihat untuk meningkatkan sistem imun badan adalah seperti
  1. Tidak merokok
  2. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
  3. Bersenam dengan kerap
  4. Mengekalkan berat badan yang sihat
  5. Dapatkan tidur yang cukup
  6. Ambil langkah untuk mengelakkan jangkitan, seperti mencuci tangan dengan kerap dan memasak daging dengan teliti
  7. Cuba untuk mengurangkan stres

1. Tidak merokok

Merokok membahayakan sistem imun badan dengan melemahkan sistem imun dan menyebabkan badan kurang berjaya untuk menghalang penyakit. Di antara kesan merokok kepada sistem imun adalah:
  • tinggi risiko mendapat radang paru-paru dan influenza
  • penyakit lebih teruk dan berpanjangan
  • tahap antioksidan pelindung yang rendah (contohnya vitamin C) dalam darah
Selain melemahkan sistem imun, merokok juga menyebabkan penyakit jantung, kanser paru-paru, COPD dan strok. Malah perokok juga membahayakan kesihatan orang di sekelilingnya.

Oleh itu, sekiranya anda merokok, berhenti merokok adalah cara yang terbaik untuk meningkatkan sistem imun.

Merokok

2. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran

Makan secara sihat, lebihkan makanan tinggi antioksidan seperti buah dan sayur dapat mengekalkan sistem imun yang baik untuk menghalang penyakit. Kita disarankan untuk makan sekurangnya tiga hidangan sayur dan dua hidangan buah setiap hari. 
Pelbagaikan warna buah dan sayur untuk mendapatkan manfaat yang berbeza-beza. Malah anda juga boleh tingkatkan pengambilan makanan di bawah untuk meningkatkan sistem imun.
  1. Buahan sitrus contohnya oren, lemon, grapefruit kaya dengan vitamin c yang dapat tingkatkan sel darah putih untuk melawan jangkitan.
  2. Bawang putih mengandungi allicin yang mempunyai sifat meningkatkan sistem imun.
  3. Halia juga boleh diambil ketika sakit kerana ianya bersifat anti-radang
  4. Teh hijau mengandungi flavonoids, yang mungkin dapat mengurangkan risiko selsema.
  5. Kunyit mengandungi curcumin yang bertindak sebagai anti-radang dan antioksidan dapat meningkatkan tindak balas imun seseorang.
  6. Yogurt/kefir yang mengandungi kultur hidup boleh merangsang sistem imun untuk membantu memerangi penyakit.
Sayuran

3. Bersenam dengan kerap

Senaman sangat penting untuk kehidupan yang sihat. Senaman dapat mengurangkan peluang untuk mendapat selsema dan penyakit lain. Senaman boleh menyumbang kepada kesihatan umum dan oleh itu untuk sistem imun yang sihat. 

Malah, ianya meningkatkan kesihatan kardiovaskular, menurunkan tekanan darah, membantu mengawal berat badan dan melindungi kita dari pelbagai penyakit.

Saranan bersenam untuk orang dewasa (18-64 tahun) oleh World Health Organization(WHO)
  • Melakukan sekurang-kurang 150 minit aktiviti fizikal aerobik berintensiti sederhana sepanjang minggu atau melakukan sekurang-kurangnya 75 minit aktiviti fizikal intensiti intensif sepanjang minggu atau kombinasi keduanya 
  • Aktiviti aerobik perlu dilakukan dalam masa sekurang-kurangnya 10 minit.
  • Lakukan aktiviti menguatkan otot 2 hari atau lebih dalam seminggu
Sumber: WHO

4. Mengekalkan berat badan yang sihat

Kita pernah dengar terlampau kurus tidak bagus, kerana ianya menyumbang kepada imun sistem yang lemah yang menyebabkan kita senang mendapat selesama dan jangkitan kuman.

Sekiranya BMI kurang 18.5 maka berat anda adalah rendah berada dalam kategori kurang berat badan. Malnutrisi menybabkan sistem imun lemah dan menyebabkan kurang berat badan. 

Sekiranya berat badan anda sekarang kurang atau BMI kurang 18.5 dapatkan nasihat pakar pemakanan untuk naikkan berat dalam kategori ideal iaitu BMI 18.5-24.9.

Selain itu, berat badan berlebihan dengan BMI lebih 30 turut menjejaskan imuniti. Kajian turut mendapati pesakit obes di hospital lebih mudah mendapat jangkitan sekunder. Malah ada juga kajian menemui mereka yang obes mungkin berisiko untuk virus seperti H1N1 kerana kurang tidak balas imun terhadap vaksinasi.

Sekiranya anda sedang berusaha untuk turunkan berat badan boleh baca artikel cara menurunkan berat badan dalam seminggu, pautan di bawah

5. Dapatkan tidur yang cukup

Tanpa tidur yang cukup badan menghasilkan lebih sedikit cytokin iaitu protein yang sasarkan jangkitan dan keradangan, dengan berkesan mewujudkan tindak balas imun. Cytokin dihasilkan dan dirembeskan sewaktu tidur oleh itu penting tidur yang cukup antara 7-9 jam setiap malam.

Malah kehilangan tidur yang kronik boleh menyebabkan vaksin selesama kurang berkesan dengan mengurangkan keupayaan tubuh untuk bertindak balas.

Sebaliknya, tidur telampau banyak pula tidak membantu untuk meningkatkan sistem imun malah sebaliknya.

Sekiranya anda mengalami insomnia atau sering terjaga waktu malam boleh baca artikel cara untuk kembali tidur selepas terjaga, pautan di bawah

6. Ambil langkah untuk mengelakkan jangkitan, seperti mencuci tangan dengan kerap dan memasak daging dengan teliti

Mencegah lebih baik daripada merawat, walaupun sistem imun kita kuat, jangkitan boleh berlaku apabila kita terdedah kepada kuman atau virus. Misalnya, tangan kotor  yang mengandungi kuman, pakaian yang tercemar, daging yang tidak masak, persekitaran yang kotor, terdedah dengan orang yang mempunyai jangkitan virus, boleh menyebabkan jangkitan berlaku.

Untuk mengurangkan risiko jangkitan virus, berikut saranan WHO untuk kurangkan risiko coronavirus
  1. Cuci tangan dengan sabun dan air atau pencuci tangan beralkohol
  2. Tutup hidung dan muut semasa batuk dan bersin dengan menggunakan tisu dan siku
  3. Elakkan sentuhan rapat dengan indivudu yang selesama atau simptom flu
  4. Masak daging dan telur dengan sempurna
  5. Elakkan sentuhan tanpa perlindungan dengan haiwan liar atau ladang
Sumber: WHO

7. Cuba untuk mengurangkan stres

Apabila kita stres, keupayaan keupayaan sistem imun untuk melawan antigen berkurang. Hal tersebut menyebabkan kita lebih terdedah kepada jangkitan. Hormon stres kortikosteroid dapat mengurangkan keberkesanan sistem imun badan kita.

Tekanan juga boleh memberi kesan tidak langsung kepada sistem imun kerana seseorang mungkin menggunakan strategi kelakuan tidak sihat untuk mengurangkan stres seperti minum alkohol dan merokok.

Berikut antara tabiat untuk kurangkan stres
  1. Tidur lebih banyak
  2. Jauhi rokok, alkohol dan kafein berlebihan
  3. Aktif setiap hari
  4. Bersosial, berkawan dan masa dengan keluarga
  5. Lakukan kerja dengan perlahan (Pengurusan masa yang betul)
Berikut adalah cara untuk meningkatkan sistem imun badan kita. Selain contoh makanan yang Ira senaraikan di atas banyak lagi makanan yang dapat tingkatkan sistem imun. Apa makanan yang anda ambil untuk tingkatkan sistem imun? Jangan lupa kongsikan dengan Iera.

Tinggalkan komen di bawah.

Artikel berkaitan
Ikuti saya di 

Comments

Popular Posts