5 Tabiat Kuruskan Badan tanpa Senaman dan Produk (2020)
Senaman dan diet sangat penting untuk kuruskan badan. Namun, ada juga tabiat kuruskan badan yang boleh dilakukan. Paling penting tabiat kuruskan badan ini tidak memerlukan sebarang produk. Dengan melakukan perubahan gaya hidup kita dapat kuruskan badan. Malah tabiat ini juga boleh diamalkan sebahagian gaya hidup yang sihat. Senaman dan diet adalah gabungan terbaik untuk kuruskan badan. Mungkin ada kalanya anda tiada masa untuk bersenam. Jadi, ini 5 tabiat yang boleh anda amalkan untuk kuruskan badan. 1. Luangkan masa untuk memasak hidangan sihat di rumah Walaupun kita mempunyai pilihan yang lebih mudah untuk mendapatkan makanan dengan makan di luar atau membuat "food delivery", namun memasak adalah aktiviti yang dapat mendorong kita menyediakan hidangan yang lebih sihat. Dengan mengetahui teknik memasak secara sihat, kita dapat mengurangkan gula, garam atau minyak dalam masakan. Disamping makanan yang dimasak lebih segar ianya juga tidak mengandungi bahan pengaw